6 Tempat Wisata Wajib di kunjungi apabila berlibur ke Langkawi

Bursa Metro News – Pulau Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987 dan kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.

1. Dataran Helang


Jika anda ke Pulau Langkawi dengan menaiki feri, lokasi yang pertama anda akan dapat lalui adalah Datang Lang yang juga dikenali sebagai Eangle Square yang terletak tidak jauh daripada jeti. Disini anda boleh lihat replika burung helang yang sememangnya terkenal di kalangan pelancong yang tidak ingin lepaskan peluang untuk bergambar.

Kami sarankan anda datang kesini pada waktu pagi atau petang untuk mengelakan panas terik. Selain daripada ikon burung helang disini juga terdapat taman dan gerai-gerai jualan. Memang sesuai untuk bersantai bersama keluarga dan sahabat.

2 Pantai Chenang


Bagi anda yang ingin melakukan aktiviti air, anda boleh ke Pantai Chenang. Disini terdapat pelbagai kemudahan seperti hotel, chalet, gerai makan dan pusat membeli-belah. Suasasa disini juga sangat meriah terutamanya pada waktu malam.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan disini adalah mandi-manda, jet ski, paragliding dengan bot, berkayak dan banyak lagi. Anda juga boleh dapatkan pelbagai cenderahati sebagai kenangan disini. Dari segi kebersihan pula, pantai ini memang cantik dan terjaga.

3 Tasik Dayang Bunting


Tasik Dayang Bunting merupakan tempat menarik di Pulau Langkawi yang sentiasa menjadi tarikan pelancong dimana disini anda boleh mandi di kawasan tasik yang sangat luas sambil menikmati keindahan bukit-bukau dan suasana menghijau. Pasti ianya memberikan 1001 pengalaman kepada anda.

Disini juga anda boleh terus ke tengah laut dengan menaiki bot dan cruise untuk melihat matahari terbenam. Memang sangat cantik. Apa yang menariknya anda boleh mandi dalam jaring tepi bot yang sedang berjalan. Disini juga terdapatnya makanan yang sedap-sedap dan yang menariknya anda boleh BBQ di tepi bot sambil melihat tengok keindahan laut.

4 Kereta Kabel Langkawi


Jika anda ke Pulau Langkawi jangan lupa singgah ke Gunung Mat Cincang yang jaraknya 30 minit dari Pekan Kuah untuk naik kereta kabel ke puncak gunung yang tingginya 713 meter bagi melihat panorama Pulau Langkawi.

Disini juga anda dapat menyaksikan mitos popular iaitu Telaga Tujuh. Kalau ikut cerita orang tua-tua, Telaga Tujuh ini dinamakan kerana pernah menjadi tempat mandinya 7 orang puteri dan dipercayai air telaganya boleh menyembuhkan penyakit.

6 Underwater World Langkawi

Underwater World Langkawi merupakan akuaria yang menempatkan hidupan laut dan air tawar yang paling besar di Asia Tenggara dengan lebih 500,000 liter air laut di dalam akuaria ini serta mampu untuk menempatkan ribuan jenis ikan-ikan besar dan kecil daripada pelbagai spesis dalam dan luar negara menjadikan akuaria ini antara tempat popular di Langkawi dan seringkali dikunjungi oleh pelancong dari luar. Antara haiwan yang popular disini adalah Rockhopper Penguin, African Penguin dan Singa Laut.

Underwater World Langkawi terletak di Pantai Chenang dimana disini menempatkan pelbagai jenis spesis hidupan marin yang boleh anda lihat secara lebih dekat. Sesuai untuk bawa anak-anak anda kesini untuk lihat hidupan laut disini dengan lebih dekat.

Ditulis oleh Reagen

Leave a Reply

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *